Thursday 10 October 2013

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013


salam semua..arini sempat join satu segmen ni.jom same2 memeriahkan segmen yg dibuat oleh ayuinsyirah ni...








Tuesday 24 September 2013

family trip ke cameron


Trip ni sebenarnya dh lama, tapi baru nak update.kiteorang g 3h2m, dan sebelum tu kiteorang ke kuala lipis 2h1m, jd dari lipis kiteorang gerak ke cameron dan mengambil masa lebih kurang 2jam, kalau ikt gps hanya 1-1/2 jam, tp memandangkan keadaan jalan yang sempit,berliku dan berbukit jd kiteorang ambil masa 2 jam, sampai tengahari, kami singgah makan kt tanah rata..lepas makan kami bergerak untuk mencari tempat bermalam, kami jumpa aje desa anthurium apartment, terus cal tanya harga. dan baru tahu rupanya harga apartment kat cameron mmg murah cuma RM150 semalam, dari nak stay 1 malam je terus tambah jadi 2 mlm, apartment ni mmg sgt2 selesa, lengkap dengan barang keperluan, owner die pn baik sesangat dan ia terletak di tengah2 diantara tanah rata dan juga brinchang. jom kita lyn gambar2 yg ada...



pantang nampak benda menarik.mesti terkam je..
strawberi & cokholat
eskrim strawberry

sesi petik memetik

jln2 kat mardi



mencari jalan turun ke robinson waterfall          
last2 patah balik, tak jumpa jalan turun



selamat tinggal cameron....


Sunday 22 September 2013

- Study vS workS -

study vs work...waa :'(... for the person who start their work say that they will prefer study than works..but as a student, of course their dreams is to complete their studies quickly and want to find a job.. but, they didn't realize that they are facing more problems in their work, problem with their work and the part that really2 worse is when they are facing with a lot of person behavior, person that always envious, stubborn, annoying and the person that always put their own fault on us. i'm just now have my practical at a company that involve with oil and gas company.. OMG, its really irk!!. where there's is a usual things that there will have a disagreement with all staff during meeting, and its rarely not finish yet although the meeting is finish..

for a students, finish study is a heaven things in their life..work is a sweet dreams for them, no book and jerk lecture where they will have their own money, their own stuff, cars and so on. there's will always have their own pro n cons. and we need to face it whether we want or not..



Thursday 12 September 2013

semoga dipermudahkan..

Ya Allah...permudahkan lah urusan hamba mu ini, semoga segalanya berjalan lancar,pergiku ini dengan seribu harapan dan aku berharap pulang ku nanti membawa sejuta kegembiraan. hanya padamu aku memohon dan meminta pertolongan, sesungguhnya engau kau yg maha mendengar,maha melihat, maha pemurah lagi maha mengasihani. amin ya rabbal alamin.

Wednesday 21 August 2013

MENGAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN....

Iran adalah negara syiah terbesar di dunia yg terkenal dengan sejarahnya iaitu 'Revolusi Islam Iran' yg dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar syiah.

Iran yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi, merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.

Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah satu iaitu untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’

Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.

Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.

Sunday 18 August 2013

Selamat2 hari raya


Assalamualaikum..masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam..bagi perantau-perantau semestinya telah pun pulang ke kota bg memulakan kerja dan kuliah di tempat masing2,walaupun mood beraya masih terasa. aidilfitri pastilah saat yg dinanti bg semua dimana semua kaum keluarga berkumpul bg meraikan aidlfitri bersama2..menunaikan solat aidilfitri, menziarahi sanak saudara dan bg kanak2 pula,inilah masa nk kumpul duet raya..kemeriahan yg hanya dapat kita kecapi setahun sekali..alhamdullillah, masih diberi peluang untuk bersama ramadhan dan meraikan syawal yg penuh mulia ini.. semoga bertemu lagi pada tahun depan dan tahun2 seterusnya..bg yg sedang berpuasa sunat syawal selamat berpuasa.bg yg telah pun habis berpuasa enam, selamat beraye.. memang agak sukar sebenarnya nk berpuasa dibulan syawal nih, memandangkan banyak undangan perkahwinan dan juga open house yg semestinya menjadi kemestian di bulan syawal ini..hidangan2 yg enak seperti satay, lontong, lemang, rendang, ketupat, biskut2 raya memang boleh buat badan naik 10kg.. Jadi makan lah dengan berpada2, jgn sampai  baju2 raya dh xmuat..  (^_^)

akhir kata, selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin...  

Wednesday 14 August 2013

Ingatan buat diri ini..



Dugaan demi dugaan..bak kata org, sudah jatuh ditimpa tangga..berat2..berat mata memandang.berat lg bahu yg memikul.. Insyaaallah, akn aku cuba menghadapi, walau seberat mana pn ujian mu. semoga ada sinar yg memancar di sebalik kedukaan ini.. mungkin dugaan ini menberi aku peringatan bahawa tidak semua yg kita harapkan menjadi kenyataan tanpa izin nya, maka seiringkan usaha + doa + tawakkal.. dan ingatlah bahawa bukan semua yg menggembirakan hati kita baik untuk kita..




Tuesday 9 July 2013

Selamat Datang Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya ramadhan..pejam celik pejam celik, ramadhan muncul lg.. terasa sekejap masa berlalu. mlm ini apabila azan magrib berkumandang,ramadhan datang dan syaaban beransur pergi..malam ini juga bermula lah solat terawih yg pertama bg ramadhan ini.. bersama2 lah kita mengimarahkan masjid di bulan yg mulia ini..semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan buat kita, dimana kita diajar untuk menahan diri daripada lapar,dahaga dan juga menahan diri melakukan perbuatan yg blh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari..ramadhan pastinya dinanti oleh seluruh umat islam, terutama kepada peniaga2 di bazar ramadhan. yg tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki tambahan di bulan ramadhan ini. sampaikan ada yg sanggup memohon cuti tnpa gaji selama sebulan bg berniaga ni bazar ramadhan yg keuntungannya pasti lah lebih tinggi, semoga apa yg dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dri Ilahi..aminn..





Assalamualaikum dan Belamat Berpuasa...

Sunday 26 May 2013

Salam, arini aku nk cerite sket pengalaman aku melakukan aktiviti lasak, 1st time aku mula menerjah hutan adalah mase aku diploma, aku naek ke puncak air terjun cemerong, bkn air terjun panching kt kuantan tu ye, yg tu 10minit je naek nye..ni dlm 2 jam kalau tak silap aku.ok, mula2 aku cerita sket kisah air terjun cemerong ni, ianya terletak di daerah dungun, terengganu, dimana ia merupakan air terjun tertinggi di asia tenggara,

1st day kiteorg sampai, kiteorg  bermalam dulu kt gigi air 2, sbb sampai dh ptg, jd guider kami decide untuk start mendaki esk je..pg2 lagi,lepas breakfast, kami dh memulakan pendakian...waa..bru tau cmane mencabarnye aktiviti nih..memerlukan stamina yg sgt tinggi, nak2 aku yg first time masuk hutan ni, nak kena meredah air sungai yg mempunyai arus yg deras, melalui cerun2 yg licin dan sumber makanan yg terhad..  jadi kerjsama dari semua ahli pasukan amat diperlukan di dalam aktiviti ini..

aku akan kongsikan sedikit gambar2 keseronokan kitorg sepanjang 3 hari kami disana...









Friday 19 April 2013

Careless

Careless, Cuai , Cemerkap dan sebagainya..yes i am..susah tau nk ubh..dh jd darah daging agak nya..antara contoh sikap cuai terlampau aku adalah,aku kne sentiasa bwk handbag g mane2...kenape?...sebab kalau aku bwk purse shj, n then aku berenti dan belek2 barg kt kedai 2...confrm purse aku akn tertiggal kt c2, dan kejadian ini telah seringkali berulang.. aku pernah hilang purse kt giant, mase 2 aku teman kwn aku bli brg.. setelah beberapa minit,tetibe aku perasan yg purse dh xde kt tgn aku..ape lg,mengelabah cari. habes satu giant 2 aku ngan kwn aku pusing.cari kat sume tempat yg kitorang lalu,xjumpa..mmg cuak gile mengenangkan ic,lesen,kad bank dan sume ade dlm 2..aku pn bertafakur seketika smbil berpeluk tubuh..DAN!!!..rupenya purse 2 duk dlm poket cardigan aku....aduyaii, mcm mane blh x perasan,dan bile mase la aku letak purse 2 kt c2..

Baru2 ni lak, kalau mls nk bwk handbag.aku kutip aku punye lesen, ic ,duet, dan kad bank sumber pendapatan masuk dlm poket seluar. senang, xpyh nk pegang2.. rupe2 nye jd masalah juga.. aku xperasan la bila mse la lesen aku 2 tercicir, sedar2 ade ic ngan kad bank je..cari2 kt bilik xjumpa, satu locker dicari..hasilnya... xde... terpaksa lah bt lesen baru.2 pn dibuat setelah lesen hilang sebulan..dah la bru je renew lesen 2, tamat 2014. setahun ag kot.. nk bt cmane, silap diri sendiri, -CARELESS-.. Naseb kne denda 20 hinggit je.. kalau 50 hinggit, confrm aku mintak ngan mak aku...2 pn akn dpt lepas dengar ceramah berjela2 dr mak aku sbb cuai....

dan sekarang aku tgh pk...cmane aku nk bwk ic, lesen, kad bank dengan keadaan mudah dan selamat...hehehe.. setakat ni xde idea ag..




Tuesday 9 April 2013

CINTA & AIR MATA


cinta & air mata, di setiap cinta pasti ada air mata menemani..jika cinta hanya bertepuk sebelah tangan, air mata menjadi saksi nya..jika cinta hanya bersandarkan  wang semata2, air matalah di penghujung cerita. jika cinta terputus di tengah jalan, air mata mengakhirinya..jika cinta dipermainkan dan dibahagi2 kan, air mata lah penawar duka..jika cinta hanya di dunia, maka air mata yg mengiringi pemergian..







Thursday 28 March 2013

what do i want in my life during this 2 years, 2013-2014..

Ini adalah impian atau pn blh dikatakan angan2 mat jenin...kita sememangnya harus membuat perancangan awal dlm hidup. sama ada perancangan dlm jangka masa pendek 1-2 tahun mahupn jangka masa panjang dalam lingkungan 10 tahun..pernah ke kita terfikir,jika skrg kita berumur 20 tahun, dalam masa 10 tahun akan datang, siapakah kita..diumur 30 tahun..adakah kita mempunyai sumber kewangan yg tetap, apakah kerja kita, dh kawin dan mempunyai anak, dihormati,dikenali ataupun masih ditakuk lama yg  hidup dlm angan2 yg xpasti..dan a

MEMPUNYAI KERJAYA YG TETAP

Dalam masa 2 tahun ni..aku inginkan kerjaya tetap dimana aku dapat menguruskan sumber kewangan aku sendiri.. untuk 1st duet gaji aku, aku berazam untuk bg separuh kt mak ayah aku, insyaallah.. moga rezeki aku bertambah berkat.dan moga niat aku untuk jage adk2 aku tercapai.bila dh ada duet sendiri..blh lah nk shopping sakan, memandangkan skrg menggunakan duet loan dan juge duet mak ayah..jd terpaksalah mengurangkan aktiviti shopping..seriously, shopping make me happy dh namanya pn pompuan,mcm ni lah kan...

MENJADI SEORANG WANITA VERSATILE
Aku sgt meminati fesyen, dan aku bangga melihan fesyen wanita yg menutup aurat tampil lebih jelita..  aku sgt lah teruja walaupun aku bukanlah seorang perempuan yg menutup aurat dgn sempurna..namun jauh dilubuk hati aku sering terdetik untuk berubah menjadi seorang hamba yg lebih baik..melihat rakan2 yg berjubah menutup aurat, sesungguhnya aku teringin menjadi seperti mereka.. mmg ramai yg berkata " pakai jubah,tp perangai jahat", jgn menilai seseorang berdasarkan penampilannya.. tidak semestinya seseorang memakai jubah,purdah dan kopiah suci dari dosa. mereka manusia biasa. tp sekurang2 nya mereka telah manunaikan tanggujawab mereka sebagai seorang islam..

KAWEN...
Tahun ni berduyun2 dapat kad jemputan kawen kwn2.. nampaknya dh sampai masa jugak untuk aku kawen, umur pn dh 24..tp xdela kawen taun ni..mybe taun dpn, perancangannya lah..2 pn kalau ade org nk dtg mminang aku..sesungguhnya kita hanya mampu merancang,  Dia yg mementukan..so, mengikut perancangan angan2 mat jenin aku la.. aku nk nikah ari jumaat , pagi, bln syawal.. hehe.. sbb ustaz ckp 2 la hari,waktu dan bulan yg baik.. bulan laen pn bagus jgk,majlis kawen ni kan majlis yg diberkati, tp ini tarikh yg terbaik..

That's all angan2 besaq untuk 2 tahun ni..byk2 kang xtercapai lak..cukup la 3..dan semoga segalanya tertunai dalam masa 2 taun ni.. jd kita tunggu dan lihat.. :)

Friday 15 March 2013

Thursday 14 March 2013

Lelaki dan Wanita part 2...


wanita mempunyai pelbagai kawalan, blh percaya ke???.. adakah anda perasan bahawa kebanyakkan wanita dapat bercakap mengenai banyak perkara yg mereka inginkan dlm suatu masa..wanita dapat memulakan perbualan dengan satu topik, kemudian menukar topik lain tanpa memberitahu dan akan kembali semula ke topik asal bagi menambahkan lg keseronokkan berbual.. lelaki pula tidak faham dengan cara sebegini.

wanita juga mampu bercakap dan mendegar serentak, lelaki pula akan mengambil giliran masing2 bagi menyatakan pandangan, kerana mereka tidak mampu bercakap sambil mendengar.. " jgn ganggu percakapan saya!" begitulah yg sering dikatakan lelaki kepada wanita. jika lelaki tidak diberikan peluang untuk menghabiskan ayatnya. maka perbincangan tidak dapat diteruskan dan tidak akan ada jalan penyelesaian bg sesuatu perkara. ini kerana lelaki menganggap sesiapa sahaja yg menggangu percakapannya dianggap tidak sopan.. ini adalah sgt berbeza bg wanita, mereka merasakan dengan berbuat demikian mereka dapat membuat lelaki merasa dirinya lebih penting...

bagaimana wanita dan lelaki mendengar..kebiasaannya wanita menggunakan enam ekspresi wajah ketika mendegar. wajah mereka menggambarkan emosi yg dirasakan ketika temannya bercerita seperti sedih,terkejut,marah,gembira,takut dan juga keinginan. kedua2 mereka kadangkala kelihatan seperti melalui pengalaman yg sama,walaupun dengan hanya mendegar..mereka dapat memahami apa yg disampaikan melalui intonasi suara dan juga bahasa badan. lelaki pula mendengar dgn mengekalkan ekspresi wajahnya yg selamba/sama walaupun mereka berasa terkejut,marah,gembira dan lain2...

Perbezaan lelaki dan wanita part 1..


           Tahukan anda bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita adalah sgt ketara,..ramai yg tak sedar akan kenyataan ini, namun ianya benar.. contohnya, lelaki suka menguasai tv dan asyik tukar saluran.perempuan pulak xkisah  walaupn hanya menonton iklan.. lelaki juga hanya akan ke tandas untuk satu tujuan sahaja.. namun wanita tidak, kita blh lihat jika 2 org wanita yg xmengenali antara satu sama lain pergi ke tandas, dan tidak mustahil mereka menjadi sahabat baik ketika keluar dr tempat tersebut....

         contoh seterusnya adalah ujian berus gigi..kebanyakan wanita blh memberus gigi sambil berjalan & berbual perbagai topik yg diingini, dan mereka juga memberus gigi dr atas ke bawah sambil mengelap meja dengan cara yg mereka inginkan..kebanyakan lelaki berasa sukar untuk berbuat demikian, lelaki bertindak mengikut arahan otaknya iaitu hanya memberus gigi.. biasanya lelaki memberus gigi dengan cara menjarakkan kaki di depan singki dan kepala mereka bergerak mengikut pergerakan berus gigi.kelajuan memberus gigi juga bergantung pada kelajuan air yang dipasang..

         lelaki tidak dapat mencari stoking didalam laci,namun cd mereka disusun mengikut abjad... wanita selalunya menemui semula kunci kereta yg hilang namun sering sesat ketika berjalan2.. lelaki merasakan mereka manusia yg bijak dan wanita yakin mereka bijak..


*umm..korang rasa cmne?? ini adalah kajian semata2 dan tidak 100%  tepa t... ^-^

Sunday 24 February 2013

seharian berfikir..


mula berfikir tentang blog aku nih.. bila dh bt blog, kne la ade follower. xkan aku nk menulis syok sendiri dan aku sesorang je yg bace..so, aku pn start la mencari tips2 untuk menambah follower blog aku ni (actually xde follewer lg)... sedih kan, rase cm give up lak.. padahal baru sehari start...dan setelah itu, aku dh jumpa 3 cara yg agak sesuai  la.. pertama, apa yg ditulis dlm blog, kena tahu ape topik yg kita nak buat dalam blog. contoh nya, masakan,kesihatan, kehidupan dan lain2 lagi..tp bagi aku lak, aku kan bru je start berblogging.so, xkn la nk buat entry byk2 pastu bru nk cri follower. mungkin tips pertama ni boleh digunakan jika blog itu telah pun mempunyai follower, dan blh digunakan utk menambah kn lg follower.


yang ke2. blog walking, dengan erti kata sebenar. meninjau blog2 lain dan meninggalkan jejak di situ.. contoh nya, kita boleh meninggal kan komen di shout box (ntah btl ke idak la aku nih, kalau slh tlg tunjukkan). aku tgk, ade yg tulis cmni "sy dh follow blog ni, comes n visit my blog 2", amacam,ok ke.dan aku tgk ramai je yang buat cmtu, mknanya ok la kan.. dan misi aku seteruskan, kena letak shout box la kt blog ni.


dan tips terakhir iaitu yang ke-3, join contest yg blogger2 laen buat. kerana, blog kita akan secara automatiknya tersenarai kat blog lain. jd kemungkinan untuk blogger lain melihat kewujudan blog kita adalah tinggi. dan ini mungkin adalah cara yg paling mudah bkn mudah bg aku yg newborn ni,. nk msuk contest pn biasanya nk kena promote blog owner contest 2 dulu, byk lg la kena blajar nampak nya..huhu..


ASSALAMUALAIKUM....for thist entry... i will introduce myself la...i'm from kemaman, Terengganu kite.. which is one of the beautiful place in malaysia. dengan pulau2 yg menarik seperti pulau redang dan perhentian. makanan yg paling best dan tersohor pastinya keropok lekor dan nasi dagang, dimana pelancong yg datang tidak akn ketinggalan untuk menikmatinya..dan jika anda bertuah, anda juga dapat menyaksikan penyu bertelur di depan mata. dlm tv xyh ckp la,sume blh tgk....sambil menikmati angin pantai yg sepoi2 bahase..


2 bru tmpt lahir..dh satu paragraph..


Next,


umor dh 24,tapi still single but not available...hehe..aku masih lagi seorang pelajar yg menuntut di salah sebuah universiti kt selangor..dh 3 taun aku kt sini. dh mcm kg aku dh..Insyaallah, akhir tahun ni akan bergelar graduan for Bachelor Of Engineering Technology (Hons) In Machine Tools Manufacturing .. kt bangi ni pn seronok jugak. most of penduduk kt sini melayu..tp xde la shopping mall yg besaq kedabaq cm midvalley 2..yg ade warta ngan pkns.. blh la g cuti2 mata di hujung mggu..mlm2 blh lepak kat putrajaya.. best kot... skrg dh ramai org berniaga kt c2.. pelancong pn ramai..


minat....aku sgt suka blajar subjek design..contoh nya autocad, solidwork,dan latest aku blajar..catia... syok kot belajar mende tuh.. aku harap nnti da abes blajar, dapat la kerja bahagian design.wlaupn sakit otak duk pk cmane la nk bt. dan lg satu, aku sgt suka mkn...mkn..mkn..smpai dlm locker dipenuhi dgn stok makanan..bile dh gemok bru sibuk nk diet..pastu mkn balik..huhu..

last but  not least, moga aku dapat la bertahan lame dan terus berjuang untuk menempa nama dikalangan blogger2 terkenal yg laen (perasan konon)... 

SELAMAT BERKENALAN.





Saturday 23 February 2013

The 1st starting now..

alhamdullillah, thanks to Allah swt, dgn hendak nya. aku masih berdiri teguh di bumi yg sungguh indah ini..  dan ini adalah 1st entry for this blog..dgn harapan aku dpt mencoret memori suka dan duka sepanjang menjalani kehidupan di masa yg akan dtg....