Iran
adalah negara syiah terbesar di dunia yg terkenal dengan sejarahnya iaitu 'Revolusi
Islam Iran' yg dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar syiah.
Iran yang dahulunya
dikenali dengan nama Parsi, merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana
majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal
sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana
sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup
maju pada masa itu.
Pada abad ke-7 Masihi,
ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan
kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar
Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi,
dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam
melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara
Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah.
Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa
Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh
dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.
Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura
memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah satu iaitu untuk menghancurkan Islam dari
dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin
dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi
dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi
melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang
telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal itulah yang menjadikan Syiah
benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu
dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar)
dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’
Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir
mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus
kejatuhan Kaisar Parsi. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein
bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan
cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari
puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.
Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di
Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan
Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi
kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.
Iran
adalah negara syiah terbesar di dunia yg terkenal dengan sejarahnya iaitu 'Revolusi
Islam Iran' yg dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar syiah.
No comments:
Post a Comment