Thursday, 14 March 2013

Lelaki dan Wanita part 2...


wanita mempunyai pelbagai kawalan, blh percaya ke???.. adakah anda perasan bahawa kebanyakkan wanita dapat bercakap mengenai banyak perkara yg mereka inginkan dlm suatu masa..wanita dapat memulakan perbualan dengan satu topik, kemudian menukar topik lain tanpa memberitahu dan akan kembali semula ke topik asal bagi menambahkan lg keseronokkan berbual.. lelaki pula tidak faham dengan cara sebegini.

wanita juga mampu bercakap dan mendegar serentak, lelaki pula akan mengambil giliran masing2 bagi menyatakan pandangan, kerana mereka tidak mampu bercakap sambil mendengar.. " jgn ganggu percakapan saya!" begitulah yg sering dikatakan lelaki kepada wanita. jika lelaki tidak diberikan peluang untuk menghabiskan ayatnya. maka perbincangan tidak dapat diteruskan dan tidak akan ada jalan penyelesaian bg sesuatu perkara. ini kerana lelaki menganggap sesiapa sahaja yg menggangu percakapannya dianggap tidak sopan.. ini adalah sgt berbeza bg wanita, mereka merasakan dengan berbuat demikian mereka dapat membuat lelaki merasa dirinya lebih penting...

bagaimana wanita dan lelaki mendengar..kebiasaannya wanita menggunakan enam ekspresi wajah ketika mendegar. wajah mereka menggambarkan emosi yg dirasakan ketika temannya bercerita seperti sedih,terkejut,marah,gembira,takut dan juga keinginan. kedua2 mereka kadangkala kelihatan seperti melalui pengalaman yg sama,walaupun dengan hanya mendegar..mereka dapat memahami apa yg disampaikan melalui intonasi suara dan juga bahasa badan. lelaki pula mendengar dgn mengekalkan ekspresi wajahnya yg selamba/sama walaupun mereka berasa terkejut,marah,gembira dan lain2...

No comments:

Post a Comment