Thursday 28 March 2013

what do i want in my life during this 2 years, 2013-2014..

Ini adalah impian atau pn blh dikatakan angan2 mat jenin...kita sememangnya harus membuat perancangan awal dlm hidup. sama ada perancangan dlm jangka masa pendek 1-2 tahun mahupn jangka masa panjang dalam lingkungan 10 tahun..pernah ke kita terfikir,jika skrg kita berumur 20 tahun, dalam masa 10 tahun akan datang, siapakah kita..diumur 30 tahun..adakah kita mempunyai sumber kewangan yg tetap, apakah kerja kita, dh kawin dan mempunyai anak, dihormati,dikenali ataupun masih ditakuk lama yg  hidup dlm angan2 yg xpasti..dan a

MEMPUNYAI KERJAYA YG TETAP

Dalam masa 2 tahun ni..aku inginkan kerjaya tetap dimana aku dapat menguruskan sumber kewangan aku sendiri.. untuk 1st duet gaji aku, aku berazam untuk bg separuh kt mak ayah aku, insyaallah.. moga rezeki aku bertambah berkat.dan moga niat aku untuk jage adk2 aku tercapai.bila dh ada duet sendiri..blh lah nk shopping sakan, memandangkan skrg menggunakan duet loan dan juge duet mak ayah..jd terpaksalah mengurangkan aktiviti shopping..seriously, shopping make me happy dh namanya pn pompuan,mcm ni lah kan...

MENJADI SEORANG WANITA VERSATILE
Aku sgt meminati fesyen, dan aku bangga melihan fesyen wanita yg menutup aurat tampil lebih jelita..  aku sgt lah teruja walaupun aku bukanlah seorang perempuan yg menutup aurat dgn sempurna..namun jauh dilubuk hati aku sering terdetik untuk berubah menjadi seorang hamba yg lebih baik..melihat rakan2 yg berjubah menutup aurat, sesungguhnya aku teringin menjadi seperti mereka.. mmg ramai yg berkata " pakai jubah,tp perangai jahat", jgn menilai seseorang berdasarkan penampilannya.. tidak semestinya seseorang memakai jubah,purdah dan kopiah suci dari dosa. mereka manusia biasa. tp sekurang2 nya mereka telah manunaikan tanggujawab mereka sebagai seorang islam..

KAWEN...
Tahun ni berduyun2 dapat kad jemputan kawen kwn2.. nampaknya dh sampai masa jugak untuk aku kawen, umur pn dh 24..tp xdela kawen taun ni..mybe taun dpn, perancangannya lah..2 pn kalau ade org nk dtg mminang aku..sesungguhnya kita hanya mampu merancang,  Dia yg mementukan..so, mengikut perancangan angan2 mat jenin aku la.. aku nk nikah ari jumaat , pagi, bln syawal.. hehe.. sbb ustaz ckp 2 la hari,waktu dan bulan yg baik.. bulan laen pn bagus jgk,majlis kawen ni kan majlis yg diberkati, tp ini tarikh yg terbaik..

That's all angan2 besaq untuk 2 tahun ni..byk2 kang xtercapai lak..cukup la 3..dan semoga segalanya tertunai dalam masa 2 taun ni.. jd kita tunggu dan lihat.. :)

Friday 15 March 2013

Thursday 14 March 2013

Lelaki dan Wanita part 2...


wanita mempunyai pelbagai kawalan, blh percaya ke???.. adakah anda perasan bahawa kebanyakkan wanita dapat bercakap mengenai banyak perkara yg mereka inginkan dlm suatu masa..wanita dapat memulakan perbualan dengan satu topik, kemudian menukar topik lain tanpa memberitahu dan akan kembali semula ke topik asal bagi menambahkan lg keseronokkan berbual.. lelaki pula tidak faham dengan cara sebegini.

wanita juga mampu bercakap dan mendegar serentak, lelaki pula akan mengambil giliran masing2 bagi menyatakan pandangan, kerana mereka tidak mampu bercakap sambil mendengar.. " jgn ganggu percakapan saya!" begitulah yg sering dikatakan lelaki kepada wanita. jika lelaki tidak diberikan peluang untuk menghabiskan ayatnya. maka perbincangan tidak dapat diteruskan dan tidak akan ada jalan penyelesaian bg sesuatu perkara. ini kerana lelaki menganggap sesiapa sahaja yg menggangu percakapannya dianggap tidak sopan.. ini adalah sgt berbeza bg wanita, mereka merasakan dengan berbuat demikian mereka dapat membuat lelaki merasa dirinya lebih penting...

bagaimana wanita dan lelaki mendengar..kebiasaannya wanita menggunakan enam ekspresi wajah ketika mendegar. wajah mereka menggambarkan emosi yg dirasakan ketika temannya bercerita seperti sedih,terkejut,marah,gembira,takut dan juga keinginan. kedua2 mereka kadangkala kelihatan seperti melalui pengalaman yg sama,walaupun dengan hanya mendegar..mereka dapat memahami apa yg disampaikan melalui intonasi suara dan juga bahasa badan. lelaki pula mendengar dgn mengekalkan ekspresi wajahnya yg selamba/sama walaupun mereka berasa terkejut,marah,gembira dan lain2...

Perbezaan lelaki dan wanita part 1..


           Tahukan anda bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita adalah sgt ketara,..ramai yg tak sedar akan kenyataan ini, namun ianya benar.. contohnya, lelaki suka menguasai tv dan asyik tukar saluran.perempuan pulak xkisah  walaupn hanya menonton iklan.. lelaki juga hanya akan ke tandas untuk satu tujuan sahaja.. namun wanita tidak, kita blh lihat jika 2 org wanita yg xmengenali antara satu sama lain pergi ke tandas, dan tidak mustahil mereka menjadi sahabat baik ketika keluar dr tempat tersebut....

         contoh seterusnya adalah ujian berus gigi..kebanyakan wanita blh memberus gigi sambil berjalan & berbual perbagai topik yg diingini, dan mereka juga memberus gigi dr atas ke bawah sambil mengelap meja dengan cara yg mereka inginkan..kebanyakan lelaki berasa sukar untuk berbuat demikian, lelaki bertindak mengikut arahan otaknya iaitu hanya memberus gigi.. biasanya lelaki memberus gigi dengan cara menjarakkan kaki di depan singki dan kepala mereka bergerak mengikut pergerakan berus gigi.kelajuan memberus gigi juga bergantung pada kelajuan air yang dipasang..

         lelaki tidak dapat mencari stoking didalam laci,namun cd mereka disusun mengikut abjad... wanita selalunya menemui semula kunci kereta yg hilang namun sering sesat ketika berjalan2.. lelaki merasakan mereka manusia yg bijak dan wanita yakin mereka bijak..


*umm..korang rasa cmne?? ini adalah kajian semata2 dan tidak 100%  tepa t... ^-^