Wednesday 21 August 2013

MENGAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN....

Iran adalah negara syiah terbesar di dunia yg terkenal dengan sejarahnya iaitu 'Revolusi Islam Iran' yg dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar syiah.

Iran yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi, merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.

Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah satu iaitu untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan kekuasaan kaum muslimin dengan cara menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan gelaran ‘Bapa Pembela Agama’

Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi. Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung ‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein memiliki keturunan dari puteri Sassania yang mereka anggap sebagai keramat.

Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum Muslimin khasnya.

Sunday 18 August 2013

Selamat2 hari raya


Assalamualaikum..masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam..bagi perantau-perantau semestinya telah pun pulang ke kota bg memulakan kerja dan kuliah di tempat masing2,walaupun mood beraya masih terasa. aidilfitri pastilah saat yg dinanti bg semua dimana semua kaum keluarga berkumpul bg meraikan aidlfitri bersama2..menunaikan solat aidilfitri, menziarahi sanak saudara dan bg kanak2 pula,inilah masa nk kumpul duet raya..kemeriahan yg hanya dapat kita kecapi setahun sekali..alhamdullillah, masih diberi peluang untuk bersama ramadhan dan meraikan syawal yg penuh mulia ini.. semoga bertemu lagi pada tahun depan dan tahun2 seterusnya..bg yg sedang berpuasa sunat syawal selamat berpuasa.bg yg telah pun habis berpuasa enam, selamat beraye.. memang agak sukar sebenarnya nk berpuasa dibulan syawal nih, memandangkan banyak undangan perkahwinan dan juga open house yg semestinya menjadi kemestian di bulan syawal ini..hidangan2 yg enak seperti satay, lontong, lemang, rendang, ketupat, biskut2 raya memang boleh buat badan naik 10kg.. Jadi makan lah dengan berpada2, jgn sampai  baju2 raya dh xmuat..  (^_^)

akhir kata, selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin...  

Wednesday 14 August 2013

Ingatan buat diri ini..



Dugaan demi dugaan..bak kata org, sudah jatuh ditimpa tangga..berat2..berat mata memandang.berat lg bahu yg memikul.. Insyaaallah, akn aku cuba menghadapi, walau seberat mana pn ujian mu. semoga ada sinar yg memancar di sebalik kedukaan ini.. mungkin dugaan ini menberi aku peringatan bahawa tidak semua yg kita harapkan menjadi kenyataan tanpa izin nya, maka seiringkan usaha + doa + tawakkal.. dan ingatlah bahawa bukan semua yg menggembirakan hati kita baik untuk kita..